Seminggu sudah tamat jihad Farid di atas kertas. Huh ! Lega..
Farid perasan sejak
kebelakangan ni Nur nampak pelik. Dia jadi pendiam padahal sebelum ni, mulut macam burung
tercabut ekor. Farid memang risau tahap empat bila tengok Nur macam jauhkan diri daripada dia dan
macam asyik mengelamun je. Harini Farid tekad untuk tegur Nur juga walau apa pun jadi. ‘Hai Nur !’
sapa Farid dengan harapan Nur menjawab, kalau tak mahu pecah kepala memikirkan perangai Nur
yang semakin berubah dari hari ke hari. ‘Eh hai !’ jawab Nur. Farid terasa seperti ingin lompat tinggi-
tinggi apabila Nur menjawab. Aduh, Farid ni baru jawab tu dah rasa bahagia sangat. ‘Abang tengok
Nur asyik termenung je. Ada masalah ke? Sepatutnya abang yang muka cam Nur sebab takut result
UPSR. Nur ni over je ! Hahaha’ sakat Farid. Nur tergelak kecil. Namun itu tidak dapat menutup rasa
celaru dalam fikiran Nur.Tidak semena, Nur menangis teresak-esak sehingga menarik perhatian
semua murid yang lalu di kawasan itu. Farid menjadi tidak keruan. ‘Nur ! Nur ! Nur kenapa ni ? Ya
Allah, abang gurau je. Kasar sangat eh? Nur terasa ke ? Nur ! Abang minta maaf sangat Nur ! Please
stop crying ?’ pujuk Farid. Nur yang mendengar lebih kuat menangis ‘macam mana aku nak teruskan
hidup aku dekat sekolah kalau kau dah pergi nanti ? Nanti kau mesti masuk asrama. I’ll miss you
abang !’ bentak hati kecil Nur. Sungguh dia benci akan perasaan yang
melanda dirinya sekarang ! Nur
gagah kan jua dirinya ‘Abang ! Memang sebab abang Nur jadi macam ni ! Abang akan tinggalkan Nur
nanti ! Siapa nak temankan Nur kalau Pak Man terlupa nak jemput Nur ! Nur sayang sangat kat abang.
Nur rasa macam abang ni abang nur si Az tu. Sobsobs… answer
me abang !’ pinta Nur.
‘Ya Allah ! Nur, apa ni ? Nur buat lawak ke ? Astaghfirullah.
Abang tak pernah terpikir sampai
ke situ. Hey ! Kalau betul pun abang pergi asrama, masa cuti kan kita boleh jumpa. Abang datang lah
rumah Nur or mummy will fetch you and bring you to our house okay? Nur jangan risau, Azyan kan
ada ? Sshhh, jangan nangis dah ok ? Hodoh sangat ! Hahaha’ sakat Farid lagi. Sungguh Farid terharu
dengan Nur buat kali kedua. Perangai Nur memang tak dapat dijangka. Farid hanya mampu
menggeleng kepala je tengok keletah Nur.
*so how ? will be continued okay ?*
post by : haqifa