Sunday 14 September 2014

ROTI JOHN UNTUK KAU 3


Bab 3
   Mulai dari detik itu, Nur dengan Farid menjadi kawan. Farid sering melindungi Nur jika Nur dibuli. Ramai yang beranggapan Farid merupakan abang kepada Nur padahal Farid sendiri mempunyai adik iaitu Azyan. Tetapi Azyan tidak cengeng seperti Nur. Oleh itu, Farid tidak perlu menjaga Azyan.
   Lagi dua minggu Farid akan menghadapi peperiksaan besar iaitu UPSR. Nur pun dah jarang berhubung atau berjumpa dengan Farid. Terasa sungguh kehilangan Farid. Keluh Nur.
   ‘Apa kata aku buat kad ucapan untuk Abang Farid. Mesti dia suka,’ cetus Nur di dalam bilik tidurnya. Pantas Nur mengajak Pak Man ke stationery untuk membeli kertas warna, pen bewarna-warni dan pelekat.
   ‘Pak Man ! Nur nak pergi stationery sekarang. Jom,’ arah Nur. ‘Nak buat apa Nur? Papa dengan ummi tau tak?’ tanya Pak Man melihat Nur yang kelam-kabut bersiap. ‘Tau, dorang kata boleh pergi tapi sekejap je.’
   Tidak sampai 15 minit, mereka telah sampai di stationery yang dituju. Nur dengan pantas berlari menuju ke tempat yang terdapat barang-barang yang ingin dibeli. ‘Ops ! Sorry sorry kak. Saya tak sengaja,’ kata Nur kepada seorang perempuan yang mungkin sebaya dengan Abang Farid. Nur terlanggarnya ketika berlari tadi.
   Eh, tak pe,’ balas perempuan itu. Cantik betul akak ni, bisik Nur. Nasib baik dia tak marah aku, dah lah Abang Farid tak ada nak jadi hero. Cuai betul kau ni,Nur. Marah Nur dalam hati.
*********************************************************************************************
   ‘Hmm nak tulis apa ek? Fikir Nur, fikir ! Tak ada masa dah ni,’ omel Nur. ‘Haa ! Aku dah ada idea. Bestnya !’
   Setelah setengah jam, terhasil lah sebuah kad yang bertulis ‘Good luck Abang Farid ! Buat yang terbaik. Abang boleh punya ! Usaha + doa + tawakkal + redha + usaha’ setelah puas hati dengan kretiviti sendiri. Nur pun masukkan kad itu ke dalam beg sekolahnya. cadangnya, nak bagi Abang Farid apabila bertemu esok di sekolah. Gembira bukan kepalang lagi Nur.
*********************************************************************************************

* okay... im sorry... this chapter still not done yet... nt i will upload the II okay ? *

post by : haqifa

No comments:

Post a Comment