Sunday 14 September 2014

ROTI JOHN UNTUK KAU 2


Bab 2
   ‘Assalamualaikum ummi ! Ni Nur. Pak Man tak jemput Nur pun tadi. Ummi tau tak Nur dekat mana sekarang? Ummi ni !!!’ esakan kecil kedengaran. ‘Sorry sayang. Ummi ada emergency tadi. Ummi dekat Pahang ni. Pak Man hantar ummi. Papa pulak pergi site dekat Damansara dengan client dia. I’m sorry Nur. Nur dekat mana ni? Ummi memang betul-betul kena cepat tadi. Ummi terlupa pasal Nur. Pak Man pun terlupa.’ pujuk Puan Sri Ghazlina. ‘Nur dekat rumah Azka, darjah enam. Nur tak kenal dia tau ummi. Dia baik hati ajak Nur stay dekat rumah dia. Ibu dia jemput tadi. Ummi jemput Nur pukul berapa ni?’
   ‘Ummi nak number ibu Azka tu. Ummi nak kenal-kenal dengan ibu dia.’ pinta Umminya. ‘Kejap ! Azka, ummi Nur nak number ibu Azka’ terang Nur. ‘Assalamualaikum auntie. Ni saya Azka. Ni number ibu saya….. Namanya Salwati’. ‘Ohh terima kasih ye Azka. Tak yah ber-auntie sangat lah. Panggil ummi je. Azka dah tolong Nur tadi. Terima kasih sangat.’
**********************************************************************************************
   ‘Kenapa Azyan panggil Azka, Ayed ek?’ tanya Nur setelah mereka selesai makan tengah hari. Berselera Nur makan lauk-pauk yang dimasak oleh Mak Yah, orang gaji Auntie Salwa.
   ‘Ohh. Nama penuh Azka, Fariduddin Azka Bin Yaqzan. Parents Azka and saudara mara semua panggil Azka sebab nama tu unik. Tapi Yan panggil Ayed sebab dulu dia pelat nak sebut Farid. Kawan-kawan Azka pun panggil Farid.’ terang Azka lancar.
    ‘Ohh. Kalau macam tu Nur panggil Abang Farid boleh? Nur bukannya rapat pun. Boleh?’ tanya Nur kepada Azka.
   ‘Hmm okay. Abang tak kisah pun. Nama panjang sangat. Boleh panggil apa-apa je. Tapi sopan tau ! Haha.’ gurau Abang Farid.
   ‘Okay lah ! Abang nak kena study ni. Nur tengok lah tv or buat homework. Ajak Yan tu sekali.’
   ‘Eye-eye captain !’ sekejap je mereka boleh jadi serapat ini. Rindu akan Abang Az semakin menebal.Apalah Abang Az tengah buat sekarang? Abang Az !!!! Nur rindu abang sangat. Tanpa sedar, air mata Nur mengalir perlahan di pipinya.

   Jam menunjukkan pukul tujuh petang. Tapi kelibat ummi atau papa masih tak nampak. Malah bayang-bayang Pak Man pun tidak kelihatan. Hati Nur sudah hilang rentak. Rasa ingin menangis dan meraung sepuasnya. Sedang dia leka termenung, sebuah kereta BMW masuk ke garaj. Kelihatan auntie Salwa dengan seorang lelaki, mungkin suami auntie kot.
   ‘Eh Nur ! Kenapa muka merah je ni? Jangan menangis, ummi call auntie tadi. Ummi cakap Nur tidur sini sampai lusa. Jumaat petang atau malam ummi jemput Nur dekat sini. Baju semua tu ummi kata malam nanti papa Nur hantar. Papa Nur kena outstation pulak. Okay Nur?’ terang auntie Salwa dengan panjang lebar.
   ‘Ni uncle Yaqzan.’ kenal auntie kepada Nur. ‘Hai Nur. Comel Nur ni. Nur panggil papa je ye?’ Ramah sungguh papa Abang Farid ni.
   ‘Kalau macam tu, Nur panggil auntie ibu je lah. Baru mesra. Lagipun ibu pernah jadi client papa Nur.’
   ‘Ohh okay. Eh ! Tu papa ! Papa papa !’ jerit Nur seraya berlari anak ke arah Tan Sri Ghaznawi. ‘Papa ! Nur rindu papa nanti macam mana? Sobsobs’ rengek Nur. ‘Papa need to go. Papa will miss you too. Ni baju Nur. Jaga diri okay. Papa nak kena cepat ni. Nanti ummi jemput tau.’
   Setelah papanya bersalam-salaman dengan Papa Yaqzan. Papa pun terus kan perjalanannya ke Perlis, selama seminggu papanya akan tinggalkan dia. Sungguh dia sedih. Tidak pernah kedua-dua orang tuanya tinggalkan dia keseorangan. Sudahlah Abang Az dekat asrama. Nasib juga lah dia bertemu dengan Abang Farid.
*********************************************************************************************
   Setelah tiga hari dia menjadi ahli baru dalam keluarga Abang Farid. Kini dia akan pulang ke rumahnya. Dia lebih rapat dengan Abang Farid berbanding Azyan. Rasa rindu terhadap Abang Az semakin berkurangan kerana dia telah mempunyai seorang lagi abang.
   Tetapi Abang Farid melayan dia seperti rakan bukannya seperti adik pun. Dia selesa dengan Abang Farid. Mereka pun pergi ke kelas masing-masing bersama pada setiap pagi.
   ‘Okay lah Abang. Nur nak balik ni. Kirim salam dekat semua ya. Nur tak sempat nak tunggu diaorang balik. Terima kasih banyak-banyak Abang.’ luah Nur.

*hmmm... if ada yg merepek tu, huhu maaf yaa... left me the comment :) *

post by : haqifa

No comments:

Post a Comment