Sunday 14 September 2014

ROTI JOHN UNTUK KAU (PROLOG)


PROLOG
   Roti john dihadapannya ditenung bagai hendak diterkam. Muizz yang kebetulan lalu disitu pantas menyapanya ‘ Amboi Farid ! Kau tenung roti john tu macam nak telan tapi otak entah ke mana melayangnya’. Farid yang terkejut akan kehadiran Muizz lantas menjawab ‘ Aku bukan tak nak makan tapi aku masih tidak percaya yang Nur pembuatnya. Selama 9 tahun aku mencari tukang buatnya.’
   Kebetulan pada waktu itu, Nur lalu dan dia tumpang sekaki berborak ‘bukan Nur tak nak bagitahu, tapi Nur malu. Abang Farid puji roti john ni melambung ! Macam sedap sangat’ merah pipi Nur. Muizz lantas mencubit pipi gebu Nur. Nur pula tersipu-sipu. Bangga Muizz dengan kelebihan isterinya itu. ‘Abang Farid nak tunggu kakak Nur tu, makan sekali dengan dia. Dia tu kalau dah bagi greenlight ber-shopping, abang mati kelaparan pun dia biarkan. Nasib abang lah kahwin dengan shopaholic macam kakak Nur tu.’
   Pada waktu ini, business roti john mereka semakin maju sehingga dieksport ke luar negara seperti ke Itali dan Canada. Ini semua hasil kerjasama mereka sekawan, Udaimatunnur, Muizzuddin, Fariduddin, dan Qasdina. Walaupun pada mulanya pelbagai dugaan pahit getir dilalui namun sekarang mereka mampu mengukir senyuman semanis gula. Udaimatunnur bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tanpa izin-Nya, mana mungkin mereka semua sampai ke tahap membanggakan ini.
   ‘Sayang termenungkan apa tu? Sampai Muizz tegur pun sayang buat derk je. Teringatkan crush ek? Boleh Muizz tahu siapa dia? Nak juga berkenalan dengan bakal madu Muizz tu.’ Nur yang terkejut dengan pernyataan suaminya, lantas berpaling meghadap encik suaminya.
  ‘ Mana ada Nur termenung. Nur tengah mengimbau kenangan dulu. Tak sangka dari musuh boleh jadi rakan kongsi, kan Muizz? By the way, bakal madu Muizz tu, Nur kenalkan nanti ye’ balas Nur sambil mencuit hidung suaminya. ‘Gatal ye Nur ni. Silap-silap Nur yang bakal jumpa dengan madu Nur tu.’ ligat Muizz menyakat isterinya.
   Farid yang melihat adegan suami isteri itu tersenyum sahaja. Walaupun dulu Nur pernah menjadi penghuni hatinya, namun sekarang tempat itu diganti oleh Qasdina. Dia gembira melihat adiknya itu bahagia di samping orang tercinta. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk adiknya itu.

* so how ? so far ? i really hope that what i wrote, u guys can feel and understand... pls tegur me :) *

post by : haqifa

No comments:

Post a Comment