Sunday 14 September 2014

ROTI JOHN UNTUK KAU 1


Bab 1
   ‘Nur ! Cepat turun, sarapan. Ummi nak cepat ni sayang. Balik nanti Pak Man jemput Nur tau. Ummi boleh hantar je sebab tengah hari nanti ummi ada lunch date dengan clients. Sorry ya Nur.’ Puan Sri Ghazlina seorang wanita bekerjaya yang telah berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan. Walaupun begitu, beliau tidak pernah mengabaikan anak-anaknya yang masih perlu dibimbing. Anak sulungnya, Zainulariffin Azhar Bin Tan Sri Ghaznawi masih bersekolah dalam tingkatan tiga di sebuah sekolah berasrama penuh.
   Anak bongsunya pula, Udaimatunnur Asyura Binti Tan Sri Ghaznawi yang masih berada dalam darjah tiga. Walaupun umur anak-anaknya jauh berbeza, tetapi mereka amat rapat mungkin kerana hanya dua beradik. ‘Ye ummi ! Nur dah sarapan dah. Nur dah siap dah ni ummi. Ummi pulak yang dok kat situ watpe. Ni ummi yang lewat ni bukan Nur. Papa ! Tengok ummi ni papa. Tadi suruh Nur cepat lepastu ummi pulak yang lambat.’ Tan Sri Ghaznawi yang terperanjat dengan jeritan anak bongsungya pantas menegur isterinya itu ‘ Ina. Anak awak tu dah bising tu. Hari ini abang balik lewat sikit tau.’ Puan Sri Ghazlina terus menyalami suaminya dan tidak lama kemudian, kereta Honda CRV milik isterinya pun meluncur keluar dari perkarangan teratak indah itu.
   Tan Sri Ghaznawi tersenyum bahagia dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Syukur alhamdulillah. Selain berjaya dalam bidang yang diceburi, beliau berjaya membimbing isteri dan anak-anaknya. Walaupun mereka orang kenamaan dan berharta, mereka mengamalkan sikap kesederhanaan. Mereka tidak memandang taraf atau pangkat seseorang itu, kerana semua manusia adalah sama sahaja.
   ‘Pak Man ! Jom lah kita bergerak, nanti tersangkut pulak dalam jam. Saya ada meeting penting pagi ni. Lagi satu, tengah hari nanti Pak Man tolong jemput Nur di sekolahnya tau. Jangan lewat pulak, nanti bebel mulut dia. Silap-silap banjir nanti dengan air mata dia tu.’
   ‘Baiklah tuan. Nanti saya jemput Nur. Tak pe kalau Nur menangis, umpan dengan sundae Mc Donalds okay la. Haha’ gelak tawa kedengaran antara mereka. Begitu akrab sekali hubungan mereka ibarat sebuah keluarga. Pak Man sudah menabur bakti pada keluarga ini lebih dari 10 tahun. Dia amat menyenangi sikap majikannya yang sering merendah diri dan mengambil berat tentang kebajikannya. Anak-anak majikannya juga sudah dianggap seperti anaknya juga.
*********************************************************************************************
‘Sayang belajar elok-elok tau. Jangan main-main. Jaga diri okay? Balik nanti Pak Man jemput. Muah muah love you sweetheart!’ Sebuah kucupan singgah di dahi Nur. ‘Baik ummi ! I’ll focus in study ! I’ll make you and papa happy and proud of me okay? I love you too ummi. Muah muah’ flying kiss diberi oleh Nur kepada umminya tercinta.
   ‘Okay. Bye-bye ummi. Take care too.’ Puan Sri Ghazlina pun beredar dari situ setelah Nur bersalam dengannya dan setelah dia melihat Nur masuk ke perkarangan sekolahnya. Puan Sri Ghazlina menjaga anak-anaknya bagai menatang minyak yang penuh. Dia ingin menjadi seorang ibu, seorang kawan dan seorang guru kepada anak-anaknya. Setiap malam dia akan memeriksa kerja sekolah anak bongsunya itu dan akan memastikan anaknya telah mengemas buku sekolah dan peralatan sekolah dengan lengkap.
   ‘Hai Nur ! Jom pergi kelas sama-sama. Lawa ummi Nur. Macam Nur jugak.’ puji rakan sekelasnya, Aliah. Aliah memang salah seorang rakan sekelasnya yang rapat dengannya. Setiap kali dia melihat ummi Nur, pasti ayat pujian itu keluar dari bibir comelnya itu. Sungguh dia hormat dan kagum akan ibu rakannya itu.
***********************************************************************************************
   ‘Mana Pak Man ni? Dah lewat 10 minit ni. Orang nak balik. Dah tak de kawan dah nak teman. Haih.’ keluh Nur. Dia sudah mundar-mandir seperti jaga di depan sekolahnya. Semakin lama, semakin sedikit murid-murid di situ. Hatinya sudah terasa mampat dan sekejap lagi pasti banjir.
   ‘Eh ! Kenapa menangis ni?’ Tegur seorang murid lelaki. ‘Saya nak balik. Tapi….’ Nur tidak mampu meneruskan kata-katanya. Esakannya semakin kuat. ‘Kalau macam tu, biar saya hantar awak balik.’ cadang murid lelaki yang agak tinggi mungkin tua setahun dua darinya. Nur sudah seperti orang hilang akal, umminya selalu berpesan jangan ikut orang yang tidak dikenali dengan sesuka hati. Tapi kalau macam ini, macam mana dia hendak pulang.
   ‘Tapi ummi tak bagi ikut orang yang tak kenal’ luah Nur. Murid itu tersenyum dan menarik tangan Nur dan mereka menuju ke sebuah kereta BMW hitam berkilat. ‘Ibu ! Kawan Azka stay dekat rumah kita boleh? Kesian dia. Tiada siapa nak jemput dia balik.’ rayu murid lelaki itu kepada seorang wanit yang mungkin sebaya dengan Ummi Nur. ‘Kawan Azka? Mana? Mana parents dia? Kenapa tak jemput dia?’
   Nur yang berdiri di belakang Azka sudah seperti ingin menangis sekuat-kuatnya. Garang betul ibu dia ni. Macam mana nak balik ni ? Bisik hati Nur. ‘Ummi saya kata hari ni Pak Man jemput saya. Tapi sampai sekarang tak datang-datang. Tak pe lah
auntie, saya tunggu sini je.’ Wanita itu dipandanya sayu. ‘ Eh ! Marilah ke rumah auntie. Auntie bukan marah atau tak sudi, cuma auntie pelik sebab Azka ni jarang kenal kan auntie dengan kawan perempuan.’ Azka rupanya nama murid lelaki ini.
   ‘Jomlah. Siapa nama awak ye? Maaf tadi saya main tarik je tangan awak’. ‘Saya Nur. Udaimatunnur Asyura. Nama awak Azka ye? Sedap nama awak. Unik! ‘ ramah Nur. ‘Aik? Macam mana Azka cakap Nur ni kawan Azka kalau baru sekarang Azka tau namanya?’ pelik Datin Salwati dengan karenah anak sulungnya itu. Dalam perjalanan ke rumah Azka, mereka bertemu ramah dengan Nur. ‘Panjang ceritanya bu. Azka keluar tadi, pastu nampak Nur menangis. Then Azka bawa lah dia jumpa ibu tadi. Nur darjah tiga kan?’ tekanya kerana nametag Nur berwarna maroon. ‘Iya auntie. Macam tu lah ceritanya. Maaf menyusahkan auntie. Ye Nur darjah tiga. Azka?’
   ‘Eh ! Auntie tak kisah pun. Hari ini hari Nur. Esok-esok hari kami pulak. Tolong-menolong kan amalan mulia? Ohh Nur ni sebaya lah dengan adik Azka. Namanya Azyan Basyirah. Tetapi hari ni dia tak ke sekolah. Demam. Habis tu macam mana Nur nak bagitau parents Nur yang Nur stay rumah auntie ni?
   ‘Boleh Nur pinjam telefon auntie nanti? Nur call ummi bagi tahu. Nur baru pindah sini. Baru seminggu. Tu yang takut tu’ ramah juga Nur ni, bisik hati Azka.
***********************************************************************************************
   ‘Ibu pergi dulu ye. Azka kejutkan Azyan and mintak dia bagi pinjam baju untuk Nur. Ibu nak cepat ni. Ajak Nur makan sekali. Do your homework and do revision okay. Take care!’ pesan Datin Salwati. ‘Assalamualaikum Mak Yah ! Ni kawan Azka, Nur namanya. Dia stay kat sini sampai umminya jemput. Lepas mandi dan solat, kita lunch sama-sama ya Mak Yah.’ kata Azka setelah melangkah masuk ke rumahnya.
   Pintu bilik Azyan diketuk ‘Azyan ! Ni kawan Ayed. Ummi suruh bagi pinjam baju Yan dekat Nur. Yan dah okay ke belum? Pucatnya Ayed tengok’ tanya Azka. ‘Yan dah okay sikit. Oh okay. Jom lah masuk Nur. Sorry bilik bersepah sikit’
   ‘Eh takpe. Bilik Nur pun lebih kurang jugak. Haha. Thank you ye Azyan. Azyan kelas apa? Nur pun darjah tiga jugak’ tanya Nur kepada adik kawan barunya itu. ‘Azyan kelas 3 Nilam. Nur baru pindah kan? Sebab hari Isnin haritu Azyan nampak Nur dekat office. Kan?’ balas Azyan.
   ‘ohh yeke. Nur tak perasan pulak. Nur kelas 3 Dahlia. Azka darjah enam ye? Sebab tadi auntie suruh dia buat revision’ teka Nur.’Haa haah ! Ayed darjah enam.’
* so? as usual ? is it okay ? hmm left me the comment yaaa *

post by : haqifa

  

No comments:

Post a Comment